Wednesday, September 29, 2010

Dah masuk MUDA

Salam pembuka bicara....menjelang pertandingan ayam serama yang semakin rancak selepas raya....masing2 sudah tidak sabar untuk menguji kemampuan ayam masing2 di bon....mesti bon2 semakin ceria dengan kehadiran peminat yang semakin bertambah serta ayam yang semakin hebat....Warna yang bervariasi dan ceria, gaya yang hebat, cutting yang menawan dan terkini serta eksesori yang cukup lengkap...Di bawah adalah post terkini ayam muda....




Kalau ada kelapangan hajat nak test sekali kat bon..Tengok la macamane nanti...Kepada semua selamat bertanding dengan semangat setia kawan...Ayam serama sekadar HOBI dan berpotensi sebagai wang poket tambahan...tetapi jangan kerana AYAM & WANG RINGGIT kita berbalah kerana yang mengiringi kita ke KUBUR adalah AMAL SOLEH & PAHALA yang di  usahakan di dunia ini.....Wallahhu a`alam....

Lame menyepi.....Ayam biase2 je....

Salam pembuka bicara...Ramadhan dah berlalu sedangkan syawal menghampiri penghujung....Harapnya hidup pun lebih baik dan berkat, rezeki semakin bertambah,  ilmu didada semakin tinggi dan yang paling penting amal hidup semakin bertambah... Ayam plak biase2 je...beberapa ekor je yang ada....bersyukur la apa yang ada...di bawah adalah post2 terkini...gaya macam ayam lambat....tengok la macamne...

Dah masuk remaja....lembut tubuh macam ada potensi.....

bakal mencecah usia anak dara.......

Berkongsi sedikit pengalaman...mungkin ada benarnya....Jika silap harap dapat diperbetulkan....
  1. Kadang2 ayam sewaktu anak a dan anak b dah nampak potensi...ayam tarik dan aktif sehinggalah masuk kategori....
  2. Sesetengah ayam masa anak a dan anak b bahkan sewaktu remaja pn masih belunjur...sesetengah orang memanggil jalan macam angsa...Tapi masuk muda dan kategori ayam dah mula `parking` dan tarik...
  3. Kadang2 dari anak sampai ke tua tak tarik2...
Jadi pengalaman serta ilmu yang akan menjadi panduan sewaktu kita menilai ayam...



 Jenguk Reban Kawan2.....

Sempat dalam beberapa hari yang lepas pergi jalan2 rumah breeder serama....Tuan kepada balung putus selepas saya menjualnya dulu.....saje nak tengok perkembangan ayam rakan2 serama yang lain... 
Balung putus terkini....Ayam nampak kemas

sejuk mata tengok.....


Anak pada balung putus....

Meningkat muda....Berpotensi....


Anak betina....sealiran darah dengan ayam2 di atas....

boleh tahan la.....

Sabar kepada breeder2 yang baru...bukan mudah hendak mendapatkan ayam2 yang cantik dan bergaya....jalan pintas adalah dengan membeli tetapi barangkali perlu bayar mahal...Barangkali di nilai dengan kesukaran untuk mengeluarkan produk2 bermutu....Selamat Maju Jaya....

Wednesday, September 1, 2010

Puasa; Jangan kerana Serama kita lupa


ADAB ADAB BERPUASA BAGI MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT

Selain dari amalan ibadat wajib dan sunat yang diperbanyakkan di dalam bulan Ramadan, kita perlu menjauhi perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan puasa itu menjadi sia-sia.

Pertama, hendaklah mengelak pandangan ke tempat-tempat yang dilarang, setengahnya pergi lebih jauh iaitu melarang melihat walaupun isteri sendiri dengan pandangan bernafsu, apatah lagi wanita-wanita lain. Begitulah juga melihat perbuatan-perbuatan maksiat atau jika maksiat itu dilakukan, hendaklah dijauhi daripadanya.

Rasulullah (saw) bersabda: "Pandangan adalah seumpama anak panah daripada syaitan. Barangsiapa takut kepada Allah, jauhilah dirinya daripada melihat kepada maksiat. Maka Allah mengurnia-kannya dengan suatu (cahaya iman) yang kemanisan dan keghairahannya akan terasa di hati."

Kedua, jagalah lidah daripada berdusta, perbualan yang sia-sia, mengumpat, hujjah-menghujjah, bersumpah-sumpah dan sebagainya. Pada zaman Rasulullah (saw), dua orang wanita sedang berpuasa dan tidak dapat menahan keperitan kelaparan, sehingga kedua-duanya hampir maut. Para sahabat membawa berita ini ke pengetahuan Nabi (saw), lantas baginda mengirimkan sebuah mangkuk dan menyuruh mereka muntah ke dalamnya. Apabila kedua-duanya memuntahkan isi perut mereka ke dalam mangkuk, maka keluarlah ketulan-ketulan daging mentah dan darah. Para sahabat terperanjat besar, lalu sabda Rasulullah (saw): "Mereka berpuasa dengan makanan yang halal tetapi mereka mengumpat semasa sedang berpuasa, maka keadaan puasa mereka menjadi semakin payah. " 
Oleh sebab itulah kedua-dua wanita itu hampir-hampir menemui maut.

Salah seorang sahabat Nabi (saw) bertanya: "Apakah itu mengumpat?" Rasulullah (saw) menjawab: "Menyebut sesuatu mengenai saudaramu di belakangnya yang dia tidak suka." Selanjutnya Sahabi itu bertanya: "Dan masihkah dikatakan mengumpat sekiranya apa yang disebutkan mengenainya itu benar terdapat padanya?" Rasulullah (saw) menjawab: "Dalam hal demikian (iaitu jika yang disebutkan itu memang benar) maka sebenarnya itulah mengumpat; tetapi jika apa yang disebutkan itu palsu, maka kamu telah memfitnahnya. "

Ketiga, hendaklah kita berjaga-jaga daripada mendengar sesuatu yang makruh. Samalah juga haram mendengar kepada sesuatu yang tidak sepatutnya disebutkan. Rasulullah (saw) telah bersabda: "Mengenai mengumpat, kedua-dua pengumpat dan orang yang mendengar keadaannya adalah sama berkongsi dosa."

Keempat, lain-lain anggota jasad hendaklah dijauhi daripada dosa dan perkara-perkara yang haram. Tangan jangan menyentuhinya dan kaki janganlah berjalan ke arahnya. Mengenai perut, hendaklah berhati-hati agar ketika mengambil makanan, khasnya semasa berbuka (iftar), tidak ada yang memasukinya daripada sesuatu yang diragu-ragukan sama ada halal atau tidaknya. Seumpama orang yang berpuasa yang kemudian semasa berbuka, memakan benda yang haram adalah seperti orang yang sakit memakan ubat tetapi mencampurkannya juga dengan sedikit racun yang akan membinasakannya.

Kelima, tidaklah digalakkan memakan sekenyang-kenyangnya semasa iftar walaupun makanan itu halal kerana maksud daripada puasa kita tidak akan tercapai. Tujuan puasa adalah untuk mengekang nafsu syahwat kita dan meninggikan keyakinan serta memperkuatkan rohaniyah kita. Selama sebelas bulan kita makan dan minum dengan sebebas-bebasnya, maka pada bulan Ramadan, patutlah kita mencerut sedikit perut kita. Selalunya, kita menjadikan tabiat buruk dengan memenuhkan perut kita sepenuh-penuhnya semasa iftar dan sekali lagi menyumbatnya tatkala bersahur sebagai persiapan menghadapi siang harinya. Maka sebenarnya kita menambahkan purata makanan kita. Dalam Ramadan, jenis makanan yang kita makan, tidak pernah dimakan pada masa-masa lain. Pemakanan yang begitu sebenarnya bertentangan sama sekali dengan semangat Ramadhan dan berpuasa. "Syaitan mengalir ke dalam jasad kita seperti darah, maka tutuplah jalannya dengan berlapar."

Begitulah juga, perasaan akan dapat dipupuk terhadap si miskin dan orang yang lapar. Nabi saw kita sendiri bersabda: "Tidak ada yang lebih dibenci oleh Allah (swt) selain sesuatu yang diisi penuh iaitu daripada memenuhi perut dengan makanan." Pada ketika yang lain, Rasulullah saw bersabda: "Memadailah beberapa suap makanan yang dapat meluruskan belakang, satu pertiga dengan minuman, sedang satu pertiga lagi dibiarkan kosong."

Keenam ialah, selepas menjalani puasa, hendaklah selalu berasa bimbang sama ada puasanya diterima Allah ataupun tidak. Beginilah hendaknyadilakukan kepada semua bentuk ibadah. Seseorang itu mungkin tidak menyedari bahawa bahagian-bahagian yang penting tertinggal. Hendaklah berasa takut-takut mungkin amalan-amalan kita akan ditolak oleh Allah. Peristiwa-peristiwa begini banyak diriwayatkan dalam hadis. Maka seseorang yang berpuasa bukanlah setakat berpuasa dengan ikhlas tetapi hendaklah dengan pengharapan agar puasanya diterima oleh Allah (swt).

Enam perkara yang disebutkan di atas adalah wajib bagi orang-orang yang benar-benar bertaqwa. Kepada yang lebih bertaqwa lagi, perkara yang ketujuh ditambah lagi kepadanya. laitu, semasa menjalani puasanya, janganlah dia bimbang apa yang hendak dimakan sewaktu berbuka. Sebahagian Syeikh-syeikh sampai menganggapnya sebagai batal apabila memikirkan mengenai makanan untuk berbuka ataupun seseorang itu berusaha untuk memperolehi sesuatu, kerana perlakuan yang demikian menggambarkan kelemahan keyakinannya terhadap janji Allah yang mengambil tanggungjawab untuk memberi rezeki


wallahua'lam....