Sunday, December 26, 2010

Solusi berjalan.....

Salamunalaik......sempat berjalan ke rumah orang lama peminat serama....jauh saya berjalan sampai ke marang....Reban beliau banyak yg sudah kosong tidak berisi kerana ramai yg berkunjung di samping membawa pulang buah tangan...mintak izin pada tuan ayam untuk saya paparkan koleksi gambar2 ayam beliau..ayam ni hanya tinggal kenangan je, MATI semase sebelum bulan puase baru ni....Hidup mati milik Allah...



Cutting yg cantik......pasti ramai yg terliur....

Baru nak penuh bulu...
nampak balung je..
ayam siap.....

Kenangan terakhir sebelum mati....isk2...

Kuning pembaka........

Salamunalaik buat penggemar dan pencinta serama......lame menyepi, xde post menarik untuk dikongsi...belek2 album ada la gambar si kuning...Generasi ke-3 pada anak ibu putih...kire ok la, aksesori cukup, tp xbawak pergi bon pun...ayam orang lain hebat2 lagi....hehe.....

ayam mase anak B...
biasa2 je...



Kira ok la....trim2 cket pastu sumbat dengan ibu...menunggu group anak first....

haaa, ni la ibu dia....se ibu dengan kuning kembang lilin....

Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah 1432 H........

Ibnu Mas`ud pernah berkata: "Perkara yang paling sedih tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah"



       Assalamualaikum menyapa para pembaca. Rasanya belum terlambat diri ini mengucapkan Salam Maal Hijrah yang ke 1432H. Pastinya masing2 membawa azam serta membuka lembaran baru tatkala masa yang semakin bertambah mengikut angka tetapi pendek jangka hayatnya. Semoga hari ini lebih baik dari semalam, Insyaallah.....

       Berkongsi sedikit coretan tatkala lame menyepi dek cuaca kadang2 hujan dan panas tetapi semangat serama tetap `maintain`...Perkongsian tentang koleksi terbaru ayam remaja baka kelabu. Mempunyai keunuikan warna kuning ceria, perangai agak ok la..tidak mengecewakan... 



baru nak belajar stand....

posisi sewaktu stand, emmm agak ok la.....

tiba2 kucing melintas la plak, terus tarik menjeling ke kucing........


Mengikut bacaan kepala sendiri nak tengok potensi sebenar ayam ni mungkin masa masuk kotegori. Tunggu ekor salin sepenuhnya serta keadaan tubuh dah terkunci kemas....sekadar pemerhatiann seoarang manusia hakikatnya `rezeki` datang daripada Allah SWT. Dia lebih layak menentukan segala-galanya....Wallahhua`alam.....

Saturday, October 30, 2010

Tawaran Di buka!!!!!!!!!!!!!


Sempat jalan2 waktu lapang2 ni....rakam la sekor anak ayam ni....kire ok la....ayam berdarah kembang lilin...galak dan kadang2 bergaya....mantap!!!!!! Rasanya kalau ok siap sepenuhnya insyaallah boleh buat tanding.....

duduk dalam serkup...diam je...

baru nak galak.....

ada la cutting cket....kira ok la....dada yang besar....

Bagi sape yang berminat dengan ayam ni, boleh la contact saya 013-9355442....CEPAT2 sebelum terlambat....Peluang hanya datang sekali sahaja.....

Chipsmore.....

Assalamualaikum....lame menyepi di tambah musim hujan hampir tiba di terengganu...ayam pun monyok je.....Tapi yang hebatnya bon2 serama tetap berjalan seperti biasa....di bawah ini adalah pos terakhir anak kembang lilin sebelum di sambar kucing....baru tinggal 5minit dalam serkup tup2 keluar tengok dah tak de...nampaknya bukan rezeki la....

baru nak mula bergaya....

ni lah wajah2 terakhir....

Wednesday, September 29, 2010

Dah masuk MUDA

Salam pembuka bicara....menjelang pertandingan ayam serama yang semakin rancak selepas raya....masing2 sudah tidak sabar untuk menguji kemampuan ayam masing2 di bon....mesti bon2 semakin ceria dengan kehadiran peminat yang semakin bertambah serta ayam yang semakin hebat....Warna yang bervariasi dan ceria, gaya yang hebat, cutting yang menawan dan terkini serta eksesori yang cukup lengkap...Di bawah adalah post terkini ayam muda....




Kalau ada kelapangan hajat nak test sekali kat bon..Tengok la macamane nanti...Kepada semua selamat bertanding dengan semangat setia kawan...Ayam serama sekadar HOBI dan berpotensi sebagai wang poket tambahan...tetapi jangan kerana AYAM & WANG RINGGIT kita berbalah kerana yang mengiringi kita ke KUBUR adalah AMAL SOLEH & PAHALA yang di  usahakan di dunia ini.....Wallahhu a`alam....

Lame menyepi.....Ayam biase2 je....

Salam pembuka bicara...Ramadhan dah berlalu sedangkan syawal menghampiri penghujung....Harapnya hidup pun lebih baik dan berkat, rezeki semakin bertambah,  ilmu didada semakin tinggi dan yang paling penting amal hidup semakin bertambah... Ayam plak biase2 je...beberapa ekor je yang ada....bersyukur la apa yang ada...di bawah adalah post2 terkini...gaya macam ayam lambat....tengok la macamne...

Dah masuk remaja....lembut tubuh macam ada potensi.....

bakal mencecah usia anak dara.......

Berkongsi sedikit pengalaman...mungkin ada benarnya....Jika silap harap dapat diperbetulkan....
  1. Kadang2 ayam sewaktu anak a dan anak b dah nampak potensi...ayam tarik dan aktif sehinggalah masuk kategori....
  2. Sesetengah ayam masa anak a dan anak b bahkan sewaktu remaja pn masih belunjur...sesetengah orang memanggil jalan macam angsa...Tapi masuk muda dan kategori ayam dah mula `parking` dan tarik...
  3. Kadang2 dari anak sampai ke tua tak tarik2...
Jadi pengalaman serta ilmu yang akan menjadi panduan sewaktu kita menilai ayam...



 Jenguk Reban Kawan2.....

Sempat dalam beberapa hari yang lepas pergi jalan2 rumah breeder serama....Tuan kepada balung putus selepas saya menjualnya dulu.....saje nak tengok perkembangan ayam rakan2 serama yang lain... 
Balung putus terkini....Ayam nampak kemas

sejuk mata tengok.....


Anak pada balung putus....

Meningkat muda....Berpotensi....


Anak betina....sealiran darah dengan ayam2 di atas....

boleh tahan la.....

Sabar kepada breeder2 yang baru...bukan mudah hendak mendapatkan ayam2 yang cantik dan bergaya....jalan pintas adalah dengan membeli tetapi barangkali perlu bayar mahal...Barangkali di nilai dengan kesukaran untuk mengeluarkan produk2 bermutu....Selamat Maju Jaya....

Wednesday, September 1, 2010

Puasa; Jangan kerana Serama kita lupa


ADAB ADAB BERPUASA BAGI MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT

Selain dari amalan ibadat wajib dan sunat yang diperbanyakkan di dalam bulan Ramadan, kita perlu menjauhi perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan puasa itu menjadi sia-sia.

Pertama, hendaklah mengelak pandangan ke tempat-tempat yang dilarang, setengahnya pergi lebih jauh iaitu melarang melihat walaupun isteri sendiri dengan pandangan bernafsu, apatah lagi wanita-wanita lain. Begitulah juga melihat perbuatan-perbuatan maksiat atau jika maksiat itu dilakukan, hendaklah dijauhi daripadanya.

Rasulullah (saw) bersabda: "Pandangan adalah seumpama anak panah daripada syaitan. Barangsiapa takut kepada Allah, jauhilah dirinya daripada melihat kepada maksiat. Maka Allah mengurnia-kannya dengan suatu (cahaya iman) yang kemanisan dan keghairahannya akan terasa di hati."

Kedua, jagalah lidah daripada berdusta, perbualan yang sia-sia, mengumpat, hujjah-menghujjah, bersumpah-sumpah dan sebagainya. Pada zaman Rasulullah (saw), dua orang wanita sedang berpuasa dan tidak dapat menahan keperitan kelaparan, sehingga kedua-duanya hampir maut. Para sahabat membawa berita ini ke pengetahuan Nabi (saw), lantas baginda mengirimkan sebuah mangkuk dan menyuruh mereka muntah ke dalamnya. Apabila kedua-duanya memuntahkan isi perut mereka ke dalam mangkuk, maka keluarlah ketulan-ketulan daging mentah dan darah. Para sahabat terperanjat besar, lalu sabda Rasulullah (saw): "Mereka berpuasa dengan makanan yang halal tetapi mereka mengumpat semasa sedang berpuasa, maka keadaan puasa mereka menjadi semakin payah. " 
Oleh sebab itulah kedua-dua wanita itu hampir-hampir menemui maut.

Salah seorang sahabat Nabi (saw) bertanya: "Apakah itu mengumpat?" Rasulullah (saw) menjawab: "Menyebut sesuatu mengenai saudaramu di belakangnya yang dia tidak suka." Selanjutnya Sahabi itu bertanya: "Dan masihkah dikatakan mengumpat sekiranya apa yang disebutkan mengenainya itu benar terdapat padanya?" Rasulullah (saw) menjawab: "Dalam hal demikian (iaitu jika yang disebutkan itu memang benar) maka sebenarnya itulah mengumpat; tetapi jika apa yang disebutkan itu palsu, maka kamu telah memfitnahnya. "

Ketiga, hendaklah kita berjaga-jaga daripada mendengar sesuatu yang makruh. Samalah juga haram mendengar kepada sesuatu yang tidak sepatutnya disebutkan. Rasulullah (saw) telah bersabda: "Mengenai mengumpat, kedua-dua pengumpat dan orang yang mendengar keadaannya adalah sama berkongsi dosa."

Keempat, lain-lain anggota jasad hendaklah dijauhi daripada dosa dan perkara-perkara yang haram. Tangan jangan menyentuhinya dan kaki janganlah berjalan ke arahnya. Mengenai perut, hendaklah berhati-hati agar ketika mengambil makanan, khasnya semasa berbuka (iftar), tidak ada yang memasukinya daripada sesuatu yang diragu-ragukan sama ada halal atau tidaknya. Seumpama orang yang berpuasa yang kemudian semasa berbuka, memakan benda yang haram adalah seperti orang yang sakit memakan ubat tetapi mencampurkannya juga dengan sedikit racun yang akan membinasakannya.

Kelima, tidaklah digalakkan memakan sekenyang-kenyangnya semasa iftar walaupun makanan itu halal kerana maksud daripada puasa kita tidak akan tercapai. Tujuan puasa adalah untuk mengekang nafsu syahwat kita dan meninggikan keyakinan serta memperkuatkan rohaniyah kita. Selama sebelas bulan kita makan dan minum dengan sebebas-bebasnya, maka pada bulan Ramadan, patutlah kita mencerut sedikit perut kita. Selalunya, kita menjadikan tabiat buruk dengan memenuhkan perut kita sepenuh-penuhnya semasa iftar dan sekali lagi menyumbatnya tatkala bersahur sebagai persiapan menghadapi siang harinya. Maka sebenarnya kita menambahkan purata makanan kita. Dalam Ramadan, jenis makanan yang kita makan, tidak pernah dimakan pada masa-masa lain. Pemakanan yang begitu sebenarnya bertentangan sama sekali dengan semangat Ramadhan dan berpuasa. "Syaitan mengalir ke dalam jasad kita seperti darah, maka tutuplah jalannya dengan berlapar."

Begitulah juga, perasaan akan dapat dipupuk terhadap si miskin dan orang yang lapar. Nabi saw kita sendiri bersabda: "Tidak ada yang lebih dibenci oleh Allah (swt) selain sesuatu yang diisi penuh iaitu daripada memenuhi perut dengan makanan." Pada ketika yang lain, Rasulullah saw bersabda: "Memadailah beberapa suap makanan yang dapat meluruskan belakang, satu pertiga dengan minuman, sedang satu pertiga lagi dibiarkan kosong."

Keenam ialah, selepas menjalani puasa, hendaklah selalu berasa bimbang sama ada puasanya diterima Allah ataupun tidak. Beginilah hendaknyadilakukan kepada semua bentuk ibadah. Seseorang itu mungkin tidak menyedari bahawa bahagian-bahagian yang penting tertinggal. Hendaklah berasa takut-takut mungkin amalan-amalan kita akan ditolak oleh Allah. Peristiwa-peristiwa begini banyak diriwayatkan dalam hadis. Maka seseorang yang berpuasa bukanlah setakat berpuasa dengan ikhlas tetapi hendaklah dengan pengharapan agar puasanya diterima oleh Allah (swt).

Enam perkara yang disebutkan di atas adalah wajib bagi orang-orang yang benar-benar bertaqwa. Kepada yang lebih bertaqwa lagi, perkara yang ketujuh ditambah lagi kepadanya. laitu, semasa menjalani puasanya, janganlah dia bimbang apa yang hendak dimakan sewaktu berbuka. Sebahagian Syeikh-syeikh sampai menganggapnya sebagai batal apabila memikirkan mengenai makanan untuk berbuka ataupun seseorang itu berusaha untuk memperolehi sesuatu, kerana perlakuan yang demikian menggambarkan kelemahan keyakinannya terhadap janji Allah yang mengambil tanggungjawab untuk memberi rezeki


wallahua'lam....

Tuesday, August 17, 2010

Generasi kubing......

KEMBANG LILIN LAGI...(SOLD OUT)






      



















Salam ramadhan...Masih berkisah tentang kubing. Ini adalah remaja kubing yang sedang meningkat naik dengan gaya dan perangai suka mengebas serta gagah naik ibu. Telah berpindah milik atas permintaan rakan2 serama...ramai yang bertanya tentang anak2 kubing tetapi maaf saya katakan kerana sekarang ni masih tengah nak turun baka dan proses semula. Ayam semakin kurang disebabkan banyak yang dah lepas pada kawan2. Jadi kene tunggu dan sabar........



Monday, August 16, 2010

Kelahiran terbaru..

     Salam Ramadhan buat peminat dan pemilik serama. Melihat kerancakan semua breeder dalam menghasilkan ayam yang terbaik memang boleh dipuji. Dengan rupa yang agak sempurna dari segi balung, bilah ekor, warna yang cantik serta bulu kemas, selam dan yang paling pentig punya gaya dan aktif. Menjelang puasa ini barangkali masing2 sibuk mengadun semula baka2 untuk mancari formula menghasilkan produk yang bermutu.
    
     Breeder baru seperti saya masih terkial kial melangkah mencari formula adunan baka yang terbaik bagi mengikut jejak langkah otai2. Tahniah atas kehebatan masing2. Semoga seni serama mampu diangkat di tahap yang lebih tertinggi bagi memartabatkan warisan yang unik ini.

     Di bawah disertakan beberapa gambar sebagai penghibur hati dan ubat penenang jiwa selepas letih bekerja.....
    
KUBING(Kembang Lilin) Kuning...



Kubing(Induk)......


Semuanya dalam proses percubaan, harap2 menjadilah baka kubing ni. Dari segi perangai memang ada potensi cume kene cross semula untuk perbaiki beberapa kelemahan. Apa pun kita kene tunggu hasilnya nanti....

Saturday, June 19, 2010

Tinggal kenangan.

ada perbezaan ke dulu dan kini......September 2009

















post ini di ambil pada Mac 2010


Papepun semua tu rezeki dari Allah. Ada masa ayam kita sangat menjadi dan cantik...ada kala apa yang kita inginkan tak juga kunjung tiba. Semua manusia akan diuji. Jadi semoga maju jaya buat semua peminat serama.....

Thursday, June 17, 2010

anak generasi pertama......

Assalamualiakum.............nilah ank generasi pertama balung putus....semuanya 5 ekor betina...tapi dah habis licin disapu kawan2.....tinggal la sekor no sorang2 dia....
tunggu masa yang sesuai untuk di masukkan dengan pembaka yang sedia menanti...

Generasi Balung Putus

salam......lama tak update blog....gerun tengok ayam orang lain comel2 dan tarik serta selam...macam2 gaya dan warna...di atas ni adalah post anak2 balung putus walaupun balung putus telah bertukar tangan....anak ni adalah generasi yang kedua...5 beradik dengan dua jantan dan tiga betina...ibu dari darah tok uban...kita tunggu dan lihat masa depannya....

Wednesday, April 21, 2010

Ada rupa sikit la...

pusing punya pusing...ada kawan sudi jual ayam ni...generasi tok uban....ada la rupa cket...


tapi sayang...balung ada cacat cket la....jadi bagi la nama dia "Balung Putus"...buat bapak pn ok...

Koleksi terdahulu

Antara koleksi yang pernah ada......



tapi sekarang dah xde....bagi pada kawan2...

Monday, April 19, 2010

Induk baka lama...

Antara koleksi yang pernah ada......ayam free kawan bagi...ayam cantik tapi tak bertelur...last2 bagi kat kawan je....

Menjengah dunia serama

Assalamualaikum pembuka bicara...lama memerhati perkembangan ayam serama yang semakin meningkat dari segi kualiti dan peminatnya....saya adalah pendatang baru...harap dapat beri tunjuk ajar....




Ini adalah ayam yang pertama saya beli....dengan eksesori yang dikatakan agak sempurna dan rajin mengebas...tapi hidup tak lama..lepas 2bulan bela ayam ni mati..xde rezeki...mengikut sejarah ayam ni mempunyai keturunan yang agak tersohor...mungkin belum rezeki....