Tuesday, August 17, 2010

Generasi kubing......

KEMBANG LILIN LAGI...(SOLD OUT)






      



















Salam ramadhan...Masih berkisah tentang kubing. Ini adalah remaja kubing yang sedang meningkat naik dengan gaya dan perangai suka mengebas serta gagah naik ibu. Telah berpindah milik atas permintaan rakan2 serama...ramai yang bertanya tentang anak2 kubing tetapi maaf saya katakan kerana sekarang ni masih tengah nak turun baka dan proses semula. Ayam semakin kurang disebabkan banyak yang dah lepas pada kawan2. Jadi kene tunggu dan sabar........



Monday, August 16, 2010

Kelahiran terbaru..

     Salam Ramadhan buat peminat dan pemilik serama. Melihat kerancakan semua breeder dalam menghasilkan ayam yang terbaik memang boleh dipuji. Dengan rupa yang agak sempurna dari segi balung, bilah ekor, warna yang cantik serta bulu kemas, selam dan yang paling pentig punya gaya dan aktif. Menjelang puasa ini barangkali masing2 sibuk mengadun semula baka2 untuk mancari formula menghasilkan produk yang bermutu.
    
     Breeder baru seperti saya masih terkial kial melangkah mencari formula adunan baka yang terbaik bagi mengikut jejak langkah otai2. Tahniah atas kehebatan masing2. Semoga seni serama mampu diangkat di tahap yang lebih tertinggi bagi memartabatkan warisan yang unik ini.

     Di bawah disertakan beberapa gambar sebagai penghibur hati dan ubat penenang jiwa selepas letih bekerja.....
    
KUBING(Kembang Lilin) Kuning...



Kubing(Induk)......


Semuanya dalam proses percubaan, harap2 menjadilah baka kubing ni. Dari segi perangai memang ada potensi cume kene cross semula untuk perbaiki beberapa kelemahan. Apa pun kita kene tunggu hasilnya nanti....